Search

[Sukarela Atau Sukar Rela...???]

Alhamd...

  • Share this:

[Sukarela Atau Sukar Rela...???]

Alhamdulilah, telah berakhir IDT 3 di mana para peserta di mana menziarahi rumah ibadah agama lain. Beberapa bulan yang lepas saya hadir sebagai peserta tetapi kali ini sebagai salah seorang penanjur program ini.

Banyak pengalaman menarik yang ditimba oleh semua peserta selama dua hari program ini. Kami disambut dengan senyuman dan dilayan dengan begitu baik sekali oleh setiap sukarelawan rumah ibadah yang diziarahi. Tiada ruang untuk merasa lapar kerana kami dihidangkan makanan di setiap destinasi. Banyak persoalan peserta sebelum ini terjawab setelah sesi dialog bersama dengan mereka.

Salah satu perkara utama yang semua peserta pelajari adalah semangat setiap sukarelawan agama lain. Ini persamaan yang paling ketara antara semua sukarelawan mereka. Mereka semua berkongsi kenapa mereka sanggup MENCARI MASA untuk menjadi sukarelawan;

"Mereka tahu apa yang Tuhan/pengasas mereka telah lakukan untuk mereka dan ianya telah menyentuh hati mereka untuk berubah & menawarkan diri untuk berkhidmat."

Saya kagum dengan semangat mereka. Berlainan agama dan pegangan tidak menghalang umat Islam untuk mengkagumi apa yang baik daripada mereka. Mereka MENCARI MASA untuk menjadi sukarelawan kerana tahu dengan jelas apa yang Tuhan/pengasas agama mereka telah lakukan untuk mereka. BAGAIMANAKAH DENGAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM? ADAKAH KITA TAHU & APAKAH YANG KITA LAKUKAN WALAUPUN KITA TAHU?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."
[Al-Maaidah 5:35]

KITA SUKARELA ATAU SUKAR RELA...???


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts